Hari ini adalah hari pertama aku menulis blog. Sudah lama juga aku daftar akaun ini. Baru hari ini tergerak hatiku ingin menulis blog. Aku tiada pengalaman langsung dalam menulis blog, apatah lagi dalam bidang penulisan. Orang kata 'belum cuba belum tahu', jadi aku memberanikan diri untuk menulis. Hari ini aku akan merepek sedikit kerana tiada bahan atau topik untuk aku ketengahkan dalam blog ini.
Hehe, amacam? Agak 'skema' kan ayat aku kat atas ni? Rasanya baik aku menulis dalam ayat harian yang aku guna. Tak la kekok sangat aku menulis nanti. Sesiapa yang 'ter'singgah kat sini aku nak ucapkan terima kasih sebab sudi membaca walaupun tiada topik yang 'best' untuk hari ni. InsyaAllah bila senang atau ada idea aku akan 'post' perkara2 yang baru kat blog ni.
Sampai sini saja aku rasa untuk waktu ini. Nanti aku akan ceritakan sedikit tentang diri aku di entri yang akan datang.
Sekian. Assalamualaikum...